Tuesday 14 June 2011

KERTUK

Kertuk adalah satu nama yang sinonim dengan masyarakat di Negeri Kelantan. Alat muzik ini telah dimainkan sejak zaman berzaman lagi. Perkataan ‘Kertuk’ dikatakan berasal daripada bunyi benda yang diketuk, iaitu ‘tok’, ‘tok’, ‘tok’. Nama tersebut dikekalkan hingga ke hari ini.
Pada masa dahulu, masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) kebanyakannya adalah golongan petani. Pada musim padi masak, banyak burung-burung yang memakan padi mereka. Golongan petani ini, telah memikirkan bagaimanakah caranya untuk menghalau burung-burung tersebut. Maka mereka telah menciptakan Kertuk dengan tujuan untuk menghalau burung-burung yang memakan padi mereka. Walau bagaimanapun, masyarakat petani kini tidak lagi menggunakan Kertuk untuk tujuan tersebut, tetapi mereka menggunakan alat muzik ini dalam majlis-majlis keramaian dan juga pertandingan.
Pada asalnya, Kertuk diperbuat daripada buluh. Satu lubang dibuat di atas tanah dan buluh-buluh tersebut disusun secara bersilang. Sebatang kayu akan digunakan untuk memalu buluh-buluh tersebut dan menghasilkan bunyi yang kuat. Akan tetapi perubahan cara hidup masyarakat telah turut merubah kepada pembuatan alat muzik ini. Kertuk tidak lagi diperbuat daripada buluh, tetapi menggunakan kayu yang kuat dan kukuh seperti kayu dari pokok Merbau. Kayu ini akan dilubangkan di sebelah atas, bahagian tengah dan dimasukkan dengan buah kelapa tua. Sebelum dimasukkan, terlebih dahulu buah kelapa akan dibelah dua dan dibuang isinya serta dikeringkan.
Belira iaitu sekeping kayu yang dipotong akan diletakkan di bahagian atas Kertuk dan diikat dengan menggunakan getah. Tujuannya adalah untuk mengelakkan Belira bergerak atau jatuh ketika dipalu. Lazimnya, Belira mempunyai ukuran yang lebih panjang dan bersaiz lebih kecil daripada muka lubang Kertuk. Pemalu Kertuk pula diperbuat daripada kayu dan mempunyai dua bahagian. Satu bahagian digunakan untuk memegang dan dikenali sebagai pemegang, manakala satu bahagian lagi digunakan untuk memalu dan dikenali sebagai pemalu. Bahagian pemegang akan dililit dengan benang dan kemudiannya dilapisi dengan getah. Belira yang baik akan menghasilkan bunyi yang kuat dan berdengung.
Dahulunya, satu Kertuk hanya dimainkan oleh dua orang pemain sahaja dalam satu masa, sesuai dengan tujuan asal pembuatan Kertuk. Namun kini, alat muzik ini dimainkan secara berkumpulan. Biasanya satu kumpulan terdiri dari 24 orang pemain dan memainkan 12 buah Kertuk secara berpasangan. Kertuk akan dipalu mengikut irama dan rentak tertentu. Antara rentak paluan Kertuk ialah anjol, gadoh, kedogong, dan ropok.
Selain daripada dimainkan untuk persembahan, Kertuk juga dimainkan untuk dipertandingkan. Pengadilan dibuat berdasarkan dengungan bunyi, keserentakan dan nada yang tinggi. Selain daripada pengadilan dari pengadil, pendapat daripada penonton juga diambil kira untuk menentukan pemenang. Walaupun demikian, alat ini tetap digunakan dan dianggap alatan muzik iringan untuk hiburan semata-mata di samping ia dapat memupuk semangat berpasukan dan kerjasama antara ahli kumpulan menyediakannya dalam kelompok masyarakat.

WANITA LEBIH BERWIBAWA JIKA...

Ilmu tinggi membantu golongan ibu dalam seruan dakwah dan mempertahankan hak

HARI ini, boleh dikatakan setiap rakyat Malaysia mampu menuntut ilmu, sama ada secara rasmi atau tidak. Ia jauh berbeza beberapa puluh tahun lalu, di mana anak perempuan hanya dibenarkan menuntut ilmu secara tidak langsung di rumah, itupun hanya ilmu domestik. Hanya segelintir ibu bapa yang tidak jumud menghantar anak perempuan ke sekolah.
Peluang menuntut ilmu yang terbentang luas di depan mata tidak sepatutnya dilepaskan oleh setiap wanita hari ini. Walaupun sibuk dengan tugas hakiki sebagai isteri dan ibu, komitmen ini perlu dilakukan secara berterusan kerana wanita jugalah yang akan mendidik anak.
Ilmu yang paling penting untuk ditekuni setiap wanita ialah ilmu al-Quran, hadis, sirah dan feqah. Tidak kurang pentingnya juga, pengetahuan biografi tokoh wanita di zaman Rasulullah SAW yang banyak menyumbang kepada legasi Muslim hari ini. 
Ilmu al-Quran menjadi sumber utama yang akan menjadi teraju cara beribadah dan bermuamalah, sekali gus melindungi wanita tergelincir daripada cara hidup sebagai Muslimah seperti dituntut Allah. 
Hadis dan sunnah pula memperincikan lagi sahsiah yang harus diteladani sebagai umat Rasulullah SAW. Aisyah contohnya, pernah menjadi pakar rujuk dalam ilmu hadis dan sunnah, malah dalam usia masih muda beliau adalah pakar feqah pertama dalam Islam. 
Bahkan Imam Az-Zuhri pernah mengatakan, “jika ilmu Aisyah dikumpulkan, lalu dibandingkan dengan ilmu semua isteri Rasulullah dan seluruh Muslimah, nescaya ilmu Aisyah lebih unggul”. 
Kaum lelaki juga takjub dengan kebijaksanaan wanita bernama Aisyah ini sehinggakan putera Urwah bin Zubair iaitu Hisyam meriwayatkan, ayahandanya pernah mengatakan “aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih pakar dalam bidang feqah, perubatan dan syair daripada Aisyah”. 
Ilmu sirah tentunya memberi banyak pengajaran kerana sebagai seorang manusia yang mempunyai naluri keibuan, ilmu inilah juga yang akan diamalkan untuk membimbing generasi muda dengan mengambil teladan daripada perjalanan hidup Rasulullah SAW serta sahabat. 
Ilmu feqah pula untuk mengetahui hukum hakam yang qat’i dan peraturan hidup sebagai Muslim seperti termaktub dalam sumber yang utama mengikut kronologi iaitu al-Quran dan Sunnah. Metod untuk memutuskan sesuatu hukum yang memerlukan ijma’ ulama juga harus diketahui, supaya wanita tidak jahil untuk memahami bagaimana sesuatu hukum itu diputuskan. 
Setelah ilmu itu ditekuni dengan baik dan betul, barulah ilmu berkaitan muamalah insani dipelajari serta difahami, termasuk urusan rumah tangga dan kemahiran hidup lain. Walaupun pakar dalam bidang agama, kecerdasan akal Aisyah tidak dapat dinafikan dalam ilmu sastera, sejarah, seni dan perubatan. 
Wanita harus menguasai ilmu supaya dapat menyatakan sesuatu yang hak. Sejarah membuktikan pada awal kedatangan Islam sehingga berakhirnya zaman Rasulullah SAW, wanita dimartabatkan setanding lelaki dalam apa juga bidang, termasuk ketenteraan dan keusahawan. 
Kehadiran wanita dalam setiap lapangan kehidupan memungkinkan mereka memperjuangkan keperluan hidup sebagai seorang wanita kerana hanya mereka yang tahu kekuatan dan kelemahan mereka berbanding kekuatan serta kelemahan lelaki. 
Menerusi penguasaan ilmu yang luas, wanita akan dapat memiliki kefasihan lisan kerana ilmu yang tinggi membantu mereka dalam seruan dakwah. 
Ahnaf bin Qais mengatakan, “Aku telah mendengar khutbah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali serta khalifah sesudahnya, tetapi aku tidak pernah mendengar perkataan dari lisan seorang manusia yang lebih baik dan lebih indah dari perkataan yang keluar dari lisan Aisyah.” 
Sayangnya, hari ini dengan pelbagai kemudahan, ada wanita tidak mahu menambah ilmu yang terbentang di depan mata, apatah lagi mempelajari al-Quran, hadis, sirah dan feqah. 
Bayangkan bagaimana proses tarbiah insan dapat dilakukan dengan betul jika ibu tidak tahu membaca walau sebaris ayat al-Quran. Sedangkan cabaran dunia hari ini tidak jauh bezanya dengan zaman awal kedatangan Islam sesudah jahiliah, penganut Islam pada masa itu bertempur dengan manusia yang tandus akhlak dan moral. 
Justeru, wanita haruslah meneruskan legasi pimpinan wanita terdahulu yang mendampingi Rasulullah SAW kerana ilmu dan akhirat, bukan dunia dan pangkat.

Tuesday 7 June 2011

Rakan ku Bertanya..

masih aku ingat lagi rakan ku bertanya.. mengapa lelaki hari ini sukar untuk dipercayai? mengapa ramai sekarang ni lelaki yang bergelumbang dengan gejala PLU, GAY, PONDAN, NYAH dan ada juga yang sanggup menjadi MONEYBOY semata-mata untuk mendapatkan duit?
satu persoalan yang sukar untuk aku jawab. aku ni bukannya pakar motivasi ataupun ahli psikoterapi yang boleh membaca minda seseorang. tp apa yang aku boleh jawab adalah semata-mata berdasarkan pengalaman aku. pengalaman hidup yang sudah melebihi 30 tahun dan pengalaman mempunyai ramai kawan dan kenalan. aku ni bukannya tahu sangat pun punca2 permasalahan tersebut. tapi apa yang ingin aku nyatakan di sini hanyalah pandangan peribadi dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah bergelar arwah.
Kalau pondan or nyah tu mungkin senang kita tengok.. cara jalan, cara bercakap, cara pemakaian dan pergaulannya pun kita dah boleh cam dengan jelas yang mereka ni adik2 atau akak2. Tp bagaimana pula dengan mereka yang kelihatan agak maskulin atau dalam istilahnya str8? dari aspek mana kita nak membezakan mereka dengan lelaki sejati. nak dikatakan dari segi pemakaian, hampir sama jer sebab skrg ni yang lelaki normal pun lebih suka berfesyen ala-ala hetrosexsual. pergaulan mereka juga sama dan hampir tiada bezanya dengan lelaki normal. cuma apa yang jelas adalah naluri dan nafsu mereka yang lebih gemar menjurus ke arah "lubang jamban" berbanding "lubang perigi". ntahlah, bukan senang aku nak kongsikan kat sini.. hanya jauhari mengenal manikam. 
jadi, pada rakanku yang bertanya, hanya ini yang aku dapat kongsikan ngan korang. pandai2 la korang memilih. Janganlah hanya melihat pada paras rupa semata2, tp tengolah hati budi pekerti dan kenal lah pakwe korang tu betul2 sebelum korang diijabkabulkan.. jangan lak nanti "lubang perigi" yang ko hidangkan "lubang jamban" pulak yang diminta. kalau bermadu dengan wanita, mungkin korang tak kesah sangat.. tp jangan lak pulak nanti tetiba aku dengar korang bermadu ngan "akak2" lak. cedih sesangat. apa2pun, pada semua wanita.. semoga korang berjaya memilih yang mana madu dan yang mana racun...

Sunday 5 June 2011

Bunga Larangan

Sekuntum bunga larangan
Tidak tercapai tangan
Haruman bunga semalam
Terlerai sudah

Inginku memilikimu
Duri yang bisa menghalangnya
Inginku menyayangimu
Sayangku insan tak punya apa

Aku musafir hina
Kini terluka di taman cinta
Engkau yang aku sayang
Bunga larangan
Sudah suratan takdir Tuhan
Mekarmu sayang di jambangan orang

Terpaksa kau kutinggalkan
Dalam sejarah cinta
Tinggallah bunga tersayang
Dalam kenangan
Engkaulah bunga larangan